Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bekas Bintang Porno Sasha Grey Promosi Novel Pertamanya~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Sasha Grey

SAO PAULO: Bekas bintang filem lucah Amerika Syarikat, Sasha Grey, bercita-cita membuka laluan baru dalam pembikinan novel bertujuan mengukuhkan lagi emansipasi wanita. Grey, 25, berada di sini untuk mempromosi buku erotik pertamanya berjudul 'The Juliette Society.' 

Dia disambut kira-kira 1,000 peminat ketika melancarkan bukunya dan menyatakan harapan dapat mengikut jejak langkah penulis Britain, E.L James yang mendapat sambutan hebat menerusi buku '50 Shades of Grey.' 

Studio 20th Century Fox sudahpun menawarkan untuk membeli hak menyiarkannya ke layar perak. 


Harap dapat sambutan seperti '50 Shades of Grey' 

'The Juliette Society' mengisahkan watak Catherine, seorang pelajar filem yang terbabit dalam hubungan asmara di kalangan ahli sebuah kelab orang berpengaruh. 


Ahlinya yang membabitkan kalangan pegawai bank, pemilik media, penyeludup senjata, bekas pegawai tentera dan pemimpin Kristian terbabit dalam hubungan seks rambang di kalangan mereka. 


“Catherine tahu bagaimana mengawal keadaan dan memegang kuasa," kata Grey yang nama sebenarnya ialah Marina Ann Hantzis dari California. 

“Seperti juga Catherine, saya suka berangan-angan mengenai detik asmara," katanya yang menyifatkan penulisan membabitkan sesuatu yang lebih kreatif berbanding filem lucah. 

Grey yang setinggi 1.70 meter dan berambut hitam, mula menceburi filem lucah di Los Angeles sebaik berusia 18 tahun. 

Dia mulanya mahu menggunakan nama Anna Karina, seorang aktres Perancis sebelum menggunakan namanya sekarang. 

Pada 2011, Grey bersara daripada bidang filem lucah atas alasan sudah mencapai semua yang dihajatinya sebelum membuka syarikat produksi sendiri tetapi ia meneui kegagalan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments