Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Mayat Bayi Ditemui Dalam Loji Kumbahan UiTM Dungun~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



baby 22

Kejam! Inilah mayat bayi yang ditemui di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu. Ia ditemui dalam loji kumbahan berdekatan Kolej Redang, awal pagi kelmarin.
Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui terapung dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di permukaan loji kumbahan oleh seorang juruteknik syarikat kontraktor, 39, yang ingin memulakan kerja pembersihan di kumbahan tersebut.

Mayat bayi perempuan yang mungkin baru dilahirkan itu dipercayai agak lama dan berkemungkinan masuk ke dalam loji kumbahan itu melalui saluran najis berukuran kira-kira 20 sentimeter dari tandas asrama.

Pemeriksaan awal mendapati bayi terbabit mengalami kecederaan pada bahagian badan, lengan dan tengkorak kepala pecah dan ia berkemungkinan berusia dalam tempoh 48 jam.
Siasatan awal polis mendapati kawasan kejadian berpagar dan dipercayai tidak berkunci semasa kejadian.

Mayat berkenaan kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hosital Dungun untuk pemeriksaan lanjut serta dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah ketika mengesahkan kes berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci daripada pelbagai sudut termasuk melihat rakaman kamera tertutup (CCTV) serta menyoal siasat beberapa saksi yang boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.

Menurut Ismail, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan jika sabit kesalahan mereka yang terlibat boleh dikenakan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Rektor UiTM Dungun, Profesor Madya Dr Abdol Samad Nawi ketika dihubungi berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan dan menyerahkan kes itu kepada pihak polis.

"Kita tak boleh komen apa-apa, biarlah polis siasat dahulu kes ini kerana ia adalah kes polis,” katanya. Sinar Harian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments