Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Atlet Guna Kemaluan Palsu Untuk Lepasi Ujian Dadah
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

The Whizzinator: Advertised as a 'discreet synthetic urine device that is safe for all types of fun scenarios', the £87 gadget comes with a heating element and bags of uncontaminated urine to help people beat drugs tests
Rome: Seorang pelari jarak jauh Itali berdepan tindakan disiplin kerana didakwa menggunakan kemaluan palsu untuk melepasi ujian dadah.
Devis Licciardi, 27, dikatakan menggunakan kemaluan palsu mengandungi air kencing yang tidak tercemar sebagai sampel untuk ujian sebelum perlumbaan 10 kilometer.
Dakwaan itu menggambarkan babak lucu daripada filem Withnail and I apabila karakter dalam filem berkenaan cuba mengelak ditahan akibat memandu dalam keadaan mabuk dengan menyerahkan air kencing kanak-kanak ketika ujian dilakukan.
Licciardi yang juga atlit bagi pasukan tentera udara Itali disyaki oleh marsyal perlumbaan menggunakan kemaluan palsu.
Pihak berkuasa Jawatankuasa Olimpik negara itu segera dimaklumkan mengenai perkara itu dan dia dijangka berdepan sesi disiplin di Rome esok (hari ini) dan mungkin dilarang menyertai perlumbaan dalam tempoh lama. Licciardi disyaki menggunakan alat bergelar Whizzinator itu yang banyak dijual di Internet. Diiklankan sebagai “alat air kencing sintetik yang selamat untuk semua jenis keseronokan”, ia dijual pada harga £87 (RM449) lengkap dengan elemen pemanasan dan satu beg air kencing tidak tercemar bagi membantu orang ramai melepasi ujian dadah. 

Produk sensitif itu datang dalam pelbagai jenis untuk pelanggan berbilang bangsa, termasuk orang kulit putih, Latino dan orang kulit hitam. - Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments