Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kisah NERVOUS Si Ayah Menunggu Kelahiran Anak Pertamanya
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua”. “Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,”
kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar tiga. Tahniah!”“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga,“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat”kata jururawat itu dengan tenang.“Kembar empat! Sungguh saya tak mendugakejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga
dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,“Apakah yang merunsingkan awak?”


Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”...

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments