MENCACAH tatu kini umpama hobi buat penyanyi kontroversi, Miley Cyrus
.
Dia dikatakan sudah mempunyai 19 tatu di tubuhnya sebelum ini, dan
terbaru tatu ‘Rolling Stone’ sempena kemunculan pertamanya untuk muka
depan majalah itu untuk isu Oktober.
Tampil tanpa seurat benang, Miley mendapatkan tatu tersebut sewaktu sesi tembubual diadakan.
Dia juga dengan bangganya memuat naik gambar tatu di bawah kedua-dua tapak kakinya itu di laman Instagram.
Bagaimanapun, ramai yang mengkritik tatu tersebut yang dianggap tidak menarik dan hodoh.
Tapi bagi penulis, hodoh macam mana sekalipun, ia tetap menjadi perhatian selagi bergelar artis. Untunglah.
No comments
Post a Comment