Nama Miley Cyrus memang menjadi perhatian ramai sejak akhir-akhir ini sejak dia mula memperlihatkan imej yang semakin seksi dan berani dari hari ke sehari.
Terbaru, penyanyi lagu We Can’t Stop itu tampil berbogel menerusi muka hadapan majalah Rolling Stone bagi keluaran bulan Oktober.
Berposing di tepi kolam sambil menjelirkan lidah dan hanya dihiasi dengan aksesori berwarna keemasan, perkara itu seakan menjadi perkara biasa buat gadis berusia 21 tahun ini.
Sebelum ini, Miley juga muncul tanpa seurat benang dalam muzik video single terbarunya yang berjudul Wreking Ball sehinggakan videonya itu menjadi viral apabila ditonton lebih 152,173, 074 sehingga kini.
Miley baru sahaja putus tunang dengan pelakon kelahiran Australia, Liam Hemsworth, minggu lalu dan Liam kini sudah pun dilihat bertemu penggantinya iaitu seorang penyanyi dan pelakon Eiza Gonzalez.
No comments
Post a Comment