Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Profesor Mati Dipukul Isteri Dengan Koleh Kerana Bermain Kayu Tiga~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Jepun
Tokyo – Seorang suri rumah memukul suaminya yang berusia 70 tahun hingga mati dengan koleh kopi selepas mendapat tahu lelaki itu bermain kayu tiga.
Akhbar Asahi Shimbun melaporkan, wanita berusia 61 tahun itu menyerang pasangannya selepas mendapat tahu lelaki terbabit mempunyai hubungan sulit, memukulnya berulang kali di muka dan kepala dengan koleh di kediaman mereka di barat daya Tokyo tengah hari kelmarin.
Yasuo Hirose, yang juga profesor kehormat di Universiti Kebangsaan Yokohama dikejarkan ke hospital tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.
“Dia ada hubungan sulit dengan wanita yang saya benci,” kata Emiko Hirose kepada polis.
“Saya berang dan memukulnya lebih 10 kali dengan koleh,” katanya.
Emiko kemudian ditahan atas tuduhan membunuh tanpa niat. – AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments