Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » David Foster Umum Lancar Album Yuna Oktober Depan~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

David mendedahkan album terbaharu Yuna di Amerika Syarikat bakal dilancarkan pada 29 Oktober depan.
KOMPOSER terkenal iaitu David Foster mengumumkan album terbaharu penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna bakal dilancarkan pada 29 Oktober depan.
David yang telah bekerjasama dengan ramai penyanyi terkenal seperti Whitney Houston, Toni Braxton, Celine Dion, Babyface dan Michael Buble membuat pengumuman itu menerusi laman Twitternya pada Sabtu lalu.
Album yang diberi nama Nocturnal itu bakal memuatkan 11 buah lagu yang turut mendapat sentuhan Yuna sendiri sebagai penulis lirik dan komposer selain bekerjasama dengan ramai penerbit terkenal di Amerika Syarikat.
Kulit album terbaharu Yuna yang berjudul Nocturnal.
Membawa konsep pop organik, R&B Soul dan akustik, penyanyi itu juga turut melancarkan single pertama dari album tersebut berjudul Falling yang diterbitkan oleh komposer terkenal, Robin Hannibal.
Yuna yang mula mencipta nama di Amerika Syarikat pada tahun 2012 telah mendapat pelbagai pengiktirafan di negara tersebut apabila majalah Rolling Stone menggelarnya 'bintang yang bakal menyinar' selain The New York Times menyifatkan karyanya sangat segar dan memberi pembaharuan kepada landskap muzik di negara berkenan.
Menerusi satu kenyataan dalam laman web Verve Records, Yuna bakal mengadakan konsert jelajah di Amerika Syarikat selepas album tersebut dilancarkan dan tarikh persembahan itu akan diumumkan dalam masa terdekat. mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments