Tahap harapan hidup penghidap kanser di luar bandar Australia tidak terlalu tinggi kerana kekurangan sarana kesihatan. Untuk membantu hal ini, siswa-siswi mendapatkan idea untuk mengumpul dana dengan menjual kalendar. Kalendar yang dijual bukanlah kalendar biasa, melainkan kalendar dengan pose hampir telanjang.
Sebanyak 40 pelajar dari Robb College di Universiti New England rela berpose telanjang untuk kalendar. Tentunya tidak semua melakukan pose telanjang, ada pula yang masih menggunakan pakaian atau aksesori yang berkaitan dengan luar bandar dan ladang.
Hasil penjualan kalender ini nantinya akan diberikan kepada badan amal "Can Assist", yang menyediakan bantuan bagi para pengidap kanser di luar bandar di negara bahagian New South Wales.
"Pesakit pengidap kanser di luar bandar mencapai 53 peratus dengan kadar harapan hidup yang tidak setinggi mereka yang hidup di bandar. Ini disebabkan akses dan perkhidmatan kesihatan yang terhad," ujar Connie Campbell yang menggagas mengumpul dana melalui jualan kalendar. "Hampir semua yang ikut berpose telanjang senang, kerana menyokong tujuan yang baik."
Yang harus digariskan adalah pose-pose ini tidaklah seronok seperti dalam majalah-majalah atau kalendar-kalendar khusus kalangan dewasa.
"Yang mengejutkan, ternyata pelajar lelaki lebih tidak selesa berposetanpa busana dibandingkan para pelajar wanita," katanya.
Connie mengaku agak sukar pada awalnya untuk mendapatkan lokasi pemotretan. Namun, akhirnya ia berjaya menemui sebuah ladang yang "berkenan" untuk dijadikan latar belakang.
Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Tagged with: [Wow] - Berita Dunia
About Unknown
PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment