Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Remaja 14 Tahun Tapi Keadaan Fizikalnya Seperti Lelaki 100 Tahun~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Remaja 14 Tahun Dalam Badan Lelaki 100 Tahun
BIHAR – Baru berusia 14 tahun, namun Ali Hussain terperangkap dalam badan lelaki berusia 110 tahun disebabkan oleh sejenis penyakit yang menyebabkan dia menjadi tua lapan kali lebih cepat berbanding individu normal yang lain.
Ali juga telah menyaksikan lima adik beradiknya meninggal dunia akibat penyakit tersebut yang digelar Progeria, yang hanya dihidapi oleh 80 orang sahaja di dunia ini.
Dua abang dan tiga kakaknya itu meninggal dunia di Bihar, iaitu negeri paling miskin di India.
“Saya mahu hidup lebih lama dan berharap agar penyakit ini dapat diubati. Walaupun saya tidak takut mati, namun ibu bapa saya telah banyak menderita apabila menyaksikan anak-anak mereka meninggal dunia satu persatu,’’ katanya.
Jelas Ali, kehidupan dia dan adik beradiknya tidak semudah yang disangka apabila mereka diejek rakan-rakan di sekolah menyebabkan mereka terpaksa berhenti sekolah.
Keadaan ini menyebabkan mereka hanya terkurung dalam rumah.
“Kami tidak mempunyai kehidupan. Apabila ke sekolah, kami ditolak dan dipukul, selain digelar dengan pelbagai gelaran,’’ katanya.
Ibu bapa Ali iaitu Nabi Hussain Khan, 50, dan Razia, 46, adalah sepupu dan mereka berkahwin dalam perkahwinan yang ditetapkan oleh keluarga.
Anak-anak Khan dan Razia iaitu Rehana, Iqramul, Gudiya dan Rubina meninggal dunia pada usia 12 dan 24 tahun akibat Progeria.
Manakala anak kelima, iaitu seorang bayi meninggal dunia selepas 24 jam dilahirkan, dipercayai akibat penyakit yang sama.
Khan, seorang pengawal di sebuah kilang hanya mempunyai pendapatan 2,000 rupee sebulan.
“Kami tidak pernah mendengar perkataan Progeria, dan selepas doktor memberitahu kami mengenai penyakit itu, ia menyebabkan kami tergamam kerana tidak mengetahui mengenai penyakit itu.
“Jika doktor memberitahu kami bahawa anak-anak kami juga mempunyai masalah genetik itu, mungkin kami tidak akan memiliki anak lagi,’’ katanya.
tua 4

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments