Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sebuah Keluarga Tinggal Dalam Tandas Lelaki Kerana Terpaksa~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Sebuah Keluarga Tinggal Dalam Tandas Lelaki
CHINA – Akibat kemiskinan hidup, sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka terpaksa menyewa sebuah bilik tandas lelaki yang diubah suai menjadi tempat tinggal.
Zeng Lingjun yang bekerja sebagai tukang kasut berkata. dia tiada pilihan selain menyewa tandas yang tidak digunakan lagi di sebuah hotel.
Dia berpindah ke tandas lelaki seluas 20 kaki itu pada 2006 dan berkahwin dengan isterinya, Wang Zhixia pada 2010. Anak mereka lahir setahun selepas itu.
Zeng bagaimanapun mengaku rumahnya itu tidak selesa dan dia terpaksa mengepam air tandas berulang kali bagi membuang bau busuk daripada saluran paip dari blok yang terletak di atas biliknya.
Malah pendedahan terlalu lama kepada keadaan melekit itu menyebabkan anak lelakinya mengalami eczema.
Isterinya pula terpaksa memasak di luar tandas itu walaupun mengaku ia bukan sesuatu yang mudah dan tidak selesa.
Berasal daripada keluarga miskin di wilayah Jilin, Zeng mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Institut Sains dan Teknologi Heilongjiang pada 1999.
Namun dia tidak dapat masuk ke universiti itu kerana tidak mempunyai wang dan hanya mempunyai 50 yuan, yang kemudiannya digunakan untuk berpindah ke Shenyang.
Meskipun dia berusaha mencari tempat tinggal yang lebih baik, namun Zeng terpaksa menghantar wang kepada ibu bapanya yang telah tua selain mengumpul wang untuk menyekolahkan anaknya kelak.
“Saya berpuas hati dengan apa yang saya miliki ini. Hidup lebih baik daripada kehidupan lampau saya,’’ katanya

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments