Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Tablet Futuristik Terbaru Samsung! Fuhyooo!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Penuh dengan inovasi, Samsung kali ini bakal membawakan dua tablet iaitu ATIV Q dan ATIV Tab 3 ke pasaran Malaysia tidak lama lagi yang berasaskan sistem operasi (OS) Windows 8 mempunyai reka bentuk futuristik dan unik.
Anda turut boleh meng­kategorikan ATIV Q sebagai laptop hibrid apabila ia boleh digunakan dengan papan kekunci atau menjadi tablet sepenuhnya apabila anda baringkan monitor hanya perlu angkat monitor untuk menukarnya kepada laptop.

Uniknya, anda boleh menikmati semua aplikasi Android dalam persekitaran OS Windows 8! Betul, anda boleh gunakan kedua-dua OS (Jelly Bean 4.2.2) dalam satu platform malah berkeupayaan memindahkan fail tanpa masalah.

ATIV Q mempunyai berat hanya 1.29kg dengan tahap kenipisan 13.9mm yang memudahkan anda membawanya ke mana saja manakala bagi pengalaman tontonan skrin, ATIV Q adalah produk pertama di dunia yang mempunyai resolusi tertinggi, QHD+, 3200 x 1800 pada saiz 13.3 inci.

Ia turut ditawarkan dengan densiti piksel 2.8x (275ppi) lebih baik dari paparan HD Penuh.




Sementara itu, ATIV Tab 3 antara tablet berasaskan OS Microsoft Samsung yang juga diiktiraf tablet OS Wndows 8 ternipis di dunia (8.2mm) menyamai rekaan telefon pintar popular kategori Galaxy.

Pada masa sama, ia juga dibekalkan dengan pen stylus S Pen yang beroperasi lancar pada penggunaan perisian MS Office.

Berbekalkan berat 550g saja, ATIV Tab 3 mempunyai jangka hayat bateri melangkaui 10 jam selain siap dipasang dengan perisian asas Microsoft.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments