Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] PELIK: Kursus Hidup untuk Orang Kaya Di China~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kaya
Kalau dah kaya, mereka sanggup berbelanja untuk apa sahaja.
Di Beijing, China orang kaya di sana sanggup berbelanja dengan harga tinggi untuk menghadiri kursus menggunakan peralatan makan dan duduk makan di meja yang betul.
Bagaimana untuk mengupas buah oren dengan betul, etika memegang garfu dan pisau yang betul serta mereka belajar cara menyebut jenama barangan mewah dengan sebutan yang betul secara mudahnya, belajar untuk hidup mewah.
Institut Sarita yang baru dibuka di Beijing menyediakan kursus selama dua minggu dengan harga 10,000 yuan (RM5,165) semuanya untuk belajar bagaimana untuk hidup sebagai orang kaya.
Menurut pengasas institut itu, Sarah Jane Ho, kebanyakan pelajar yang mendaftar untuk kursus itu adalah wanita berusia 40 tahun yang kebanyakannya kaya seiring dengan pembangunan pesat negara China.
Mereka biasa berasal dari keluarga yang berjaya menempuhi kehidupan sukar di bawah pemerintahan mendiang Mao Zedong satu masa dahulu, sementara anak mereka kini menikmati banyak kelebihan dalam hidup selepas terdedah kepada cara pemerintahan barat.
“Wanita kaya di China kini adalah mereka yang menjalankan tugas sebagai isteri, ibu dan pada masa sama sebagai usahawan dan juga isteri kepada usahawan dalam dunia yang serba moden ini. Mereka tiada siapa untuk dirujuk perihal perkara ini,” katanya.
“Apa yang dicari oleh peserta saya ialah satu panduan, mereka mahukan sejenis rujukan dan itulah yang saya sediakan kepada mereka,” katanya.
Pada kursus berkenaan, peserta turut diajar cara berfesyen, dan juga didedahkan dengan jenis minuman wain, sukan elit seperti golf dan menunggang kuda.
Menurut Ho, peserta belajar bagaimana cara untuk membantu perniagaan suami mereka dengan belajar cara bergaul dengan rakan perniagaan pasangan mereka.
Institut Sarita yang baru sahaja dibuka Mac lalu menjalankan kursus mereka di hotel bertaraf lima bintang dengan pengasasnya merupakan seorang graduan dari Universiti Harvard yang boleh bertutur dalam lima bahasa.
Beliau turut mengikuti kursus yang seakan sama di Institut Villa Pierrefeu di Switzerland. – Sumber AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments