Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Didenda Bawa Kuda Masuk McDonald’s!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KudaMcDonald's
Di Malaysia kita sesekali melihat orang membawa anjing ke hotel, restoran dan dalam kereta ketika memandu. Di Manchester, mereka bawa kuda ke dalam restoran McDonald’s.

Kejadian itu menyebabkan kakitangan sebuah cawangan restoran makanan segera itu di Greater Manchester, United Kingdom tergamam selepas seorang wanita membawa masuk kudanya sekali untuk membeli makanan.
Penunggang kuda itu yang tidak diketahui namanya, didenda kerana membawa masuk haiwan tunggangannya dan membahayakan keselamatan orang ramai.
Menurut pihak polis, wanita itu telah mencetuskan ketegangan dan kebimbangan kepada pelanggan di dalam restoran.
KudaMcDonald's01
Lebih kelakar, pada mulanya wanita itu cuba untuk membuat pembelian di laluan pandu lalu restoran itu tetapi tidak dibenarkan kerana dia menunggang kuda.
Selepas dilarang sebegitu, dia bertindak masuk ke dalam restoran dengan kudanya sekali sehingga menyebabkan dia didenda.
Jurucakap McDonald’s berkata kesihatan dan keselamatan pelanggan merupakan keutamaan restoran itu dan oleh sebab itu restoran berkenaan tidak membenarkan pembelian di kaunter pandu-lalu untuk pejalan kaki, penunggang basikal dan penunggang kuda. – Sumber rujukan Metro.co.uk

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments