Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] GEMPAR: Budak 11 Tahun Ugut Mahu Bunuh Diri Jika Dipaksa Berkahwin!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

nada
Yaman – Rakaman video melibatkan seorang budak perempuan berusia 11 tahun, Nada al-Ahdal, yang mengugut akan membunuh diri jika dia dikahwinkan, kini tersebar luas selepas ia dimuat naik di YouTube pada 8 Julai lalu.
“Sila teruskan keputusan itu dan kahwinkan saya, saya akan membunuh diri. Lebih baik mati sahaja. Ini adalah satu jenayah. Ia bukan salah kanak-kanak. Bukan saya sahaja, ia boleh berlaku kepada kanak-kanak lain’’ itu antara ugutan yang dibuat kepada keluarganya melalui rakaman video tersebut.
Dalam rakaman berkenaan juga, Nada menjelaskan dia tidak mahu meninggalkan keluarganya dan berpindah ke rumah suaminya, kerana kehidupannya akan musnah dan dia tidak dapat meneruskan pelajaran.
“Saya dah penat dengan awak, awak memusnahkan hidup saya,’’ katanya dalam video itu.
Nada, yang mempunyai lapan adik beradik, telah dipelihara oleh bapa saudaranya, Abdel Salam al-Ahdal, ketika dia berusia tiga tahun namun semuanya berubah apabila seorang lelaki warga Arab Saudi telah meminta izin daripada ibu bapa Nada untuk mengawini budak berkenaan.
Nada juga mempunyai seorang kakak berusia 18 tahun, dan telah bertunang berkali-kali.
Setiap kali ibubapanya menerima lamaran baru, mereka akan mengambil wang hantaran namun memberi alasan belum cukup duit untuk mengadakan majlis perkahwinan kakaknya itu.
Dalam masa sama wang hantaran itu telah disimpan oleh ibu bapanya.
nada 2
Sementara itu, bapa saudaranya memaklumkan, selepas mendengar anak saudaranya itu akan berkahwin, dia menjadi panik kerana Nada belum pun berusia 11 tahun, sebaliknya umur Nada adalah 10 tahun dan 3 bulan.
“Saya tidak boleh membiarkan Nada dikahwinkan kerana ia akan memusnahkan kehidupannya, sama yang berlaku kepada ibu saudaranya yang telah membakar diri sendiri selepas dipaksa berkahwin pada usia 13 tahun.
“Saya terpaksa menghalang perkahwinan itu dan menghubungi bakal pengantin bahawa Nada tidak sesuai dengannya, selain tidak memakai tudung,’’ katanya.
Selepas pertunangan itu dibatalkan, ibu bapa Nada menjadi marah dan telah meminta supaya Nada pulang ke rumah.
Dengan campurtangan pihak berkuasa, Nada telah dibenarkan menetap bersama bapa saudaranya itu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments