Baru-baru ini kematian seorang bekas pramugari China Southern Airlines, Ma Ailun ketika bercakap di iPhone sambil mengecas baterinya menimbulkan kegemparan ramai.
Siasatan mendapati kemungkinan besar, Ailun menggunakan pengecas bateri tiruan yang banyak terdapat di pasaran termasuk Malaysia.
Walaupun kelihatan amat serupa dari segi luaran, terdapat perbezaan antara pengecas bateri ‘ori’ dengan yang tiruan jika diamati. Justeru pengguna telefon bimbit harus mengambil berat perkara ini agar tidak tertipu ketika membeli.
Mengambil contoh pengecas iPhone, terdapat perbezaan tulisan di bahagian bawah pengecas jika diamati, di mana pengecas asli akan tertera perkataan “Designed by Apple in California” manakala yang palsu tertulis,”Designed By California”.
Terdapat juga pengecas palsu lain yang menulis perkataan berbeza tetapi yang pasti, ia biasanya tidak akan mencetak tulisan yang seratus peratus sama seperti pada pengecas ori.
Dan sekiranya kedua-dua pengecas yang ori dan palsu dibuka, perbezaan akan lebih ketara. Untuk menjimatkan kos, pengecas palsu menggunakan material murah yang berisiko tinggi bagi menyalurkan output 5 volt 1 Ampere sedangkan pengecas ori, menggunakan komponen flyback switching yang canggih bagi menyalurkan output sesuai dengan spesifikasi diperlukan.
Apa pun, tidak semua pengguna mudah tertipu dengan pengecas palsu. Hakikat sebenarnya, memang ramai antara kita membeli pengecas palsu kerana harga yang jauh lebih murah dan menyangka, tidak banyak beza yang palsu dengan yang ori kan?
No comments
Post a Comment