Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Raja Ema Tidak Fikir Cari Pengganti!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Raja Ema Tidak Fikir Cari Pengganti
PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an, Raja Ema tidak serik untuk kembali berumah tangga walaupun telah dua kali gagal dalam perkahwinan.

Pemilik nama penuh Raja Ema Raja Ibrahim, 45, ini bagaimanapun berkata, pada usianya sekarang dia tidak terlalu memikirkan tentang soal perkahwinan dan menyerahkan soal itu kepada jodoh.
“Nak kata serik tu tidak kerana sudah tahu pahit manis berumah tangga dan pada usia sekarang ia bukan lagi tumpuan kerana jika ada jodoh, Alhamdulillah. Jika tiada bukan satu masalah,” jelasnya kepada mStar Online.
Raja Ema sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheqal dan dikurniakan dua cahaya mata Putra Ammar, 18, dan Putra Ehsan, 16.
Dalam perkembangan sama, Raja Ema berkata, bukan mudah untuk mendapatkan pasangan yang benar-benar ikhlas dan jujur dan kerana itu juga dia selesa bersendirian.
Malah katanya, tumpuannya diberikan lebih kepada anak-anaknya dan mengakui mereka cukup rapat dengannya.
“Anak-anak adalah keutamaan saya dan mereka cukup rapat dengan saya terutama yang bongsu dan saya akan pastikan sebelum keluar ke lokasi penggambaran keperluan mereka disiapkan terlebih dahulu,” jelasnya.
Sementara itu, Raja Ema berkata, dia juga bersyukur apabila hasratnya untuk kembali menyanyi tercapai dengan kemunculan single terbaharunya berjudul Warna Hatiku.
Turut tampil dengan album kompilasi Pertemuan Seribu Kenangan, Raja Ema berkata dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Jangan Biarkan Aku Menangis dan Kalau Dah Perempuan. -mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments