Wooooowww!!Gunung Bromo punya dua pemandangan yang mempesona yang bakal membuat anda jatuh cinta, iaitu lautan pasir dan padang savana. Kedua-dua tempat ini punya kecantikan yang tiadatandingannya. Lautan pasirnya sungguh luas dan padang savananya hijau nan cantik.
Jika anda melakukan perjalanan menujuGunung Bromo melalui Desa Tumpang, Malang, akan banyak keindahan panoramaalam. Panorama alam tersebut berada disebelah barat Gunung Bromo, iaitu padang sabana yang serba hijau.
Bukit bukau dan rumput menghijau di sana mampu meneduhkan pandangan mata. Bahkan, beberapatraveler menyebutnya sebagai 'bukit Teletubbies'. Berfotolah dengan latar perbukitan hijau yangcantik tersebut.
Setelah dari Desa Tumpang, anda boleh menyewa kereta jenis Jeep yang mampu mengantar ke mana saja. Disyorkan, agar anda berangkat awal hari atau pagi-pagi sekali untuk berkesempatan melihatmatahari terbit. Musim panas adalah masa terbaik untuk melihat matahari terbit di Gunung Bromo, kerana langitnya biru dan matahari kelihatan cerah.
Lalu dari arah Dusun Ngadas, anda boleh menuju perjalanan ke lautan pasir. Dari lautan pasir, anda boleh melihat Gunung Bromo dari puncak Salah satu bukit di sebelah selatan.
No comments
Post a Comment