Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Video' Wanita Ini Minum Melalui Telinga!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Praha, Minum pakai straw melalui mulut itu sudah biasa, tapi kalau minum pakai straw melalui telinga, itu baru luar biasa atau malah mustahil. Penghuni dunia maya digegerkan oleh sebuah video di Youtube yang menunjukkan seorang wanita yang boleh minum bir lewat telinga.
Video yang dimuat naik minggu lalu ini diberi judul dalam bahasa Czech yang artinya 'Video mustahil, wanita minum bir melalui telinganya'. Di situ menunjukkan seorang wanita dalam Beer Festival Tahunan Czech VI yang diadakan di bandar Prague,seorang wanitaminum bir dengan melalui telinganya menggunakan straw.

Tayangan tersebut bermula dengan seorang wanita berbaju hijau meminta straw dari rakan-rakannya. Sambil memasukkan straw ke dalam segelas bir, sedangkan hujung straw lain dimasukkan di telinganya. Ajaib, wanita itu boleh menghabiskan segelas bir menggunakan straw melalui telinganya sambil disorak oleh rakan-rakannya.

Belum jelas diketahui siapa sebenarnya wanita di dalam video tersebut. Yang pasti, video ini menjadi tanda tanya orang yang menontonnya. Walaupun bir yang disedut tidak lama dipaparkan dalam video, tapi nampaknya tidak kelihatan alat yang boleh digunakan untuk membuang bir di dalam cawan secara diam-diam.

Memang secara teknikal, ada satu saluran antara telinga dan tekak yang disebut tabung Eustachio. Saluran kecil ini berfungsi menyeimbangkan tekanan antara telinga luar dan telinga tengah. Namun antara telinga bahagian dalam dan liang telinga dihadkan oleh sebuah membran dipanggil gendang telinga.

Menurut Pakar seperti dipetik dari Daily Mail, Kamis (16/5/2013), kemampuan aneh wanita ini dimungkinkan jika gendang telinganya berlubang. Namun aksi seperti ini berisiko boleh menyebabkan jangkitan atau bahkan gangguan pendengaran. Cecair boleh terperangkap di belakang gendang telinga lalu menyebabkan komplikasi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments