Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Percaya atau tidak.. Inilah Orang Terkuat Di Dunia!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Texas, Dennis Rogers seperti lelaki 55 tahun yang biasa sahaja. Tubuhnya tegap dengan otot yang tak terlalu menonjol. Tapi jangan pandang sebelah mata, kerana lelaki separuh umur ini dianggap sebagai manusia terkuat di dunia.
Berat badan Dennis Rogers tidak lebih daripada 36 kg ketika memasuki sekolah tinggi. Dia kelihatan begitu lemah dan yakin tidak boleh melakukan pekara-pekara yang berhubungan dengan sukan sepanjang hidupnya. Namun seperti mendapat 'mukjizat', awal tahun 70-an persepsi Dennis tentang dirinya mulai berubah setelah menonton sebuah acara televisyen tentang seorang lelaki yang kuat.

Keadaan itu akhirnya membuat Dennis muda memutuskan ikut kelas gym khusus. Dan sejak saat itu, Dennis Rogerds telah menjadi World Arm-Wrestling Champion dan Grandmaster Strongman yang boleh membengkokkan besi baja, bahkan menahan pesawat yang hendak berlepas hanya dengan tangan kosong, seperti dipetik dari dennisrogers.net, Jumat (12/7/2013).

Dennis mungkin bukan satu-satunya orang di dunia yang mampu membengkokkan besi baja, tapi keadaan fizikal yang tidak terlalu besar membuat Dennis begitu istimewa. Bentuk tubuhnya hanya 76 kg dengan tinggi badan 167,6 cm, massa ototnya pun seperti manusia normal yang lain. Namun ia dapat melakukan prestasi yang luar biasa dengan kekuatan tubuh yang tidak ada pada orang lain.

Dennis telah muncul di beberapa acara televisyen popular seperti The Oprah Winfrey Show, Ripley Believe It or Not, The Late Show with David Letterman dan Stan Lee s superhumans, di mana ia membuat penonton dan saintis bingung dengan kemampuannya.

Tubuh kecil 'manusia Hercules' ini mampu menghasilkan lebih daripada 1,000 pound (453,6 kg) gaya, lebih dari beberapa kali saiz tubuhnya. Dan ujian telah membuktikan bahawa kecepatan dalam otot-ototnya-lah yang telah membantu Dennis melakukan semua helah kuat yang luar biasa.

Ia juga mampu mengaktifkan lebih banyak serat otot dibanding manusia biasa, membuatkannya lebih kuat berbanding orang dengan otot yang jauh lebih besar darinya.

Selama kerjayanya, Dennis Rogers telah membengkokkan ratusan alat baja dan batang besi, mengonyak buku-buku telefon bersaiz besar, menghentikan empat motosikal Harley Davidson dengan kekuatan penuh, bahkan menghentikan dua pesawat Tentera Udara AS T-34 ketika hendak berlepas. Prestasi-prestasi ini membuatnya menjadi atlet terkuat di dunia.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments