Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Ops Sayang: GRO Sembunyi Bawah Katil!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

GRO Sembunyi Bawah Katil
JOHOR BAHRU – Seramai 12 wanita warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Johor dalam serbuan Ops Sayang di sebuah premis di Taman Nusa Bestari, di sini, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Khairulanuar Abu Bakar berkata, semua wanita yang ditahan berusia antara 18 hingga 41 tahun.
Menurutnya, sembilan daripada jumlah keseluruhan yang ditahan merupakan warga Thailand, manakala selebihnya berasal dari Laos, Vietnam dan China.
“Bertindak atas maklumat, seramai 15 anggota melakukan serbuan di premis terbabit yang dipercayai menawarkan aktiviti urut dan pelacuran.
“Ketika serbuan, terdapat wanita warga asing ini cuba untuk melarikan diri malah ada yang bersembunyi di bawah katil, namun berjaya ditahan. Difahamkan, kadar urutan biasa dikenakan RM68, manakala pakej pula adalah RM168,” katanya, di sini, semalam.
Khairulanuar berkata, wanita warga asing terbabit ditahan di bawah Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan.
Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun yang menjaga premis kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.
“Mereka turut disiasat di bawah Akta Atipsom 2007. Wanita warga asing ini dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan lanjut,” katanya. – Sinar Harian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments