Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Tasha Masih Buka Pintu Hati Kepada Lelaki Lain!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Tasha Shilla

Walaupun kini dikatakan rapat dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli, pelakon cantik Tasha Shilla, 26, menyatakan kini dia membuka hatinya kepada mana-mana lelaki yang serius ingin mengenali dirinya.

Tasha juga mengatakan dia tiada masa untuk bercinta sebaliknya kini sudah bersedia untuk mengikat komitmen dengan bergelar seorang isteri.
“Sebenarnya saya masih buka pintu hati saya untuk mana-mana lelaki dengan syarat lelaki itu betul-betul ikhlas, serius dan dah bersedia dengan tanggungjawabnya untuk berkeluarga. Saya tak ada masa nak bercinta-cinta. Saya sekarang dah ready nak bergelar isteri,” jelasnya yang dipetik menerusi laporan Malaysian Digest.
Mengenai Mahali, Tasha menyatakan hubungan mereka tidak lebih sekadar kawan baik sahaja dan mengakui dia mempunyai banyak kawan lelaki.
Namun, Tasha mengakui Mahali mempunyai ciri-ciri lelaki idaman yang dicarinya.
Tasha sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan Datuk J namun aktres itu menafikan khabar angin tersebut.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments