Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] TERKINI: Akhirnya Siti Hanisah Berjaya Takluk Gunung Everest!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Hanisah

Pendaki terakhir projek Everest Felda 2013, Siti Hanisah, 23, akhirnya berjaya sampai ke puncak Gunung Everest tepat jam 9.56 pagi tadi. (7.41 pagi waktu Nepal).
Kejayaan itu bermakna kesemua tujuh peserta projek tersebut telah berjaya menakluk puncak Everest selepas enam yang lain berjaya melakukannya dua hari yang lalu.
Kejayaan anak Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan, itu telah disahkan oleh Penasihat Projek Everest Felda 2013, Datuk Akmar Hisham Mokhles ketika dihubungi Myewshub sebentar tadi.
Kejayaan itu bermakna seramai lima anak Felda berjaya menyempurnakan pendakian ke bumbung dunia itu disamping dua jurulatih mereka. Ketujuh-tujuh pendaki tersebut dijangka pulang ke tanah air pada 1 Jun ini.
Siti Hanisah gagal menamatkan cabaran semalam apabila beliau terkena serangan penyakit akut gunung (AMS) ketika memberikan laluan kepada ahli lain untuk naik dahulu ke puncak.
Keadaan itu menyebabkan beliau menjadi satu-satunya ahli ekspedisi yang gagal ke puncak.
Namun, semangat srikandi itu nyata belum luntur apabila bersedia memulakan lagi cabaran kali kedua bermula dari Kem 4 Everest pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.
Tahniah buat semua anak Felda yang telah mengharumkan nama negara dengan berjaya menakluk puncak gunung tertinggi dunia itu!

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments