Penyanyi dan pelakon, Amy Mastura begitu terkenal dengan sikapnya yang ramah dan keletahnya yang sentiasa ceria. Namun, ada beberapa perkara yang peminat belum tahu mengenai figura jelita ini. Jom! kita semak 12 perkara menarik mengenai Amy Mastura.
1. Sangat suka warna kelabu. Perkara ini boleh dilihat menerusi pilihan pakaian dan perabot rumahnya. Walaupun ada warna lain, tapi pasti akan terselit warna kelabu.
2. Amy Mastura langsung tidak cerewet pasal makanan. Dia suka semua jenis makanan dan kuat makan juga.
3. Aktres Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 14 ini juga tidak pandai menunggang motorsikal dan tiada lesen motorsikal.
4. Pelantun lagu ‘Sha Na Na’ ini mengakui ketagih kepada kopi. Sangat sukakan minuman tersebut sehinggakan kalau penat sekalipun, dia mahukan kopi sebagai penghilang penat.
5. Kereta pertama yang dibelinya hasil daripada titik peluhnya bekerja sebagai pramugari suatu ketika dahulu adalah kereta Proton Saga Megavalve. Amy juga menjelaskan yang dia merupakan peminat kereta tempatan.
6. Ibu kepada dua orang puteri ini mengakui dia sangat malas ke salun rambut dan sangat malas melakukan rawatan rambut.
7. Penyanyi berasal dari Perak ini mengakui tidak mementingkan jenama. Dia tidak kisah sesuatu barang itu ada jenama ataupun tidak, asalkan barang itu selesa untuknya.
8. Cita-cita Amy sewaktu kecil adalah untuk menjadi seorang pelukis. Hingga kini Amy suka melukis jika ada masa terluang.
9. Sangat suka membaca atau menonton sesuatu yang berkaitan dengan hiasan dalaman. Jika ada rancangan TV mengenainya, pasti Amy tidak akan lepaskan peluang untuk menonton rancangan tersebut.
10. Penyanyi yang baru muncul dengan single terbaru berjudul ‘Tapi Itu Dulu’ ini menjelaskan dia tidak takut dan tidak geli pada serangga.
11. Amy tidak suka mengenakan bulu mata palsu. Baginya, gam bulu mata palsu itu menyukarkan dia membuka mata kerana sering melekat di kelopak mata.
12. Aktres jelita ini mengakui dia hanya akan memakai kasut bertumit tinggi untuk tujuan kerja sahaja. Jika tiada undangan persembahan nyanyian, lakonan atau sesi fotografi, dia tidak akan memakai kasut bertumit tinggi.
Sumber: Gua.com.my
No comments
Post a Comment