Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Lelaki Poland Terima Muka Baharu!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Grzegorz

WARSAW – Seorang lelaki berusia 33 tahun di Poland menjalani pembedahan pemindahan keseluruhan muka tiga minggu selepas wajahnya cedera akibat kemalangan di tempat kerja, kata beberapa doktor.
Mereka memberitahu, jangka masa tersebut merupakan yang paling pantas pernah dibuat untuk pembedahan seperti itu.
Sebelum ini, pemindahan muka adalah rumit dan memerlukan persediaan rapi dan menyeluruh.
Persediaan itu mengambil masa selama berbulan-bulan sehingga beberapa tahun.
Namun, beberapa doktor berkata, mereka perlu segera melakukan pembedahan tersebut terhadap pesakit berkenaan bagi mengelakkan keadaannya menjadi lebih teruk.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Grzegorz menjalani pembedahan tersebut di Pusat Kanser dan Institut Onkologi di Gliwice, Poland.
Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan tulang selama 27 jam pada 15 Mei lalu selepas seorang penderma mahu mendermakan mukanya.
Pembedahan itu bagi memulihkan muka dan tulang rahang soket mata lelaki tersebut.
“Pembedahan ini akan membolehkan pesakit kembali menjalani kehidupan normal,” kata seorang ketua pakar bedah yang melakukan pembedahan tersebut, Adam Maciejewski.
“Dia akan bernafas, makan dan melihat seperti orang lain,” tambahnya.
Lebih 24 pembedahan pemindahan muka atau sebahagian muka telah dilakukan di seluruh dunia setakat ini.
Pembedahan pertama melibatkan seorang wanita yang digigit anjing peliharaannya pada 2005 di Perancis. – AP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments