Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Suami Isteri Bergaduh Kerana American Idol!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Pasangan Saling Tikam Menikam Kerana American Idol
Pennsylvania – Sepasang suami isteri ditahan selepas terlibat dalam satu pergaduhan hanya disebabkan mereka tidak sependapat mengenai siapa yang bakal memenangi pertandingan American Idol tahun ini.

Karen Elaine Harrelson, 48, dan Gregory L. Stambaugh, 57, telah ditangkap selepas mereka saling menikam antara satu sama lain.
American Idol itu dimenangi oleh Candice Glover.
Menurut affidavit mahkamah, Stambaugh telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa Harrelson telah minum minuman keras seawal jam 5 pagi.
Sebaliknya Stambaugh pula mendakwa dia hanya minum bir pada waktu tengahari.
Sebaik sahaja kedua-duanya bertengkar mengenai siapa yang patut menjuarai American Idol iaitu Candice Glover atau Kree Harrison, pasangan itu kemudiannya bertindak ganas.
Kedua-duanya telah menuju ke dapur sebelum menggenggam pisau dan mula tikam menikam antara satu sama lain.
Ketika polis sampai di rumah mereka, kedua-duanya terbaring di depan rumah dalam keadaan berlumuran darah, namun masih berbalah.
Kedua-duanya kini ditahan di penjara York County selepas didakwa atas tuduhan melakukan serangan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments