Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Filem Lesbian Menang Hadiah Berprestij!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Blue is The Warmest Colour
Cannes – Festival filem Cannes mencetuskan kontroversi selepas anugerah berprestij iaitu Palme d’Or award telah diberikan kepada sebuah filem berkisarkan percintaan lesbian.

Filem `Blue is The Warmest Colour’ itu diarahkan oleh Abdellatif Kechiche yang berasal dari Tunisia.
Ia merupakan kemenangan paling kontroversi dalam festival filem Cannes tahun ini.
Filem yang mengisahkan percintaan dua remaja perempuan itu turut dimuatkan dengan adegan seks antara mereka dan dipilih untuk menerima anugerah berkenaan oleh barisan juri yang diketuai oleh Steven Spielberg dan Nicole Kidman.
Blue is the Warmest Colour itu dilakonkan oleh Lea Seydoux dan Adele Exarchopoulos.
Filem selama tiga jam itu mengisahkan seorang penuntut di sebuah kolej, Emma yang kemudiannya menjalinkan cinta terlarang dengan seorang gadis berusia 17 tahun.
Manakala bintang filem dari Perancis, Berenice Bejo berjaya merangkul anugerah pelakon wanita terbaik, sementara aktor veteran Hollywood pula Bruce Dern merangkul anugerah pelakon lelaki terbaik.
Dern yang juga bapa kepada aktres Laura Dern telah membintangi berpuluh-puluh filem dan pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar ketika membintangi filem Coming Home.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments