Adam Azfar Mohd Jimadie Shah – anak sulung kepada penolong pengarang meja bahasa Melayu Malaysiakini – meninggal dunia pada jam 10.11 pagi ini di rumahnya di Puchong.
Anak kecil berusia enam tahun itu kembali ke rahmatullah selepas tujuh bulan bertarung melawan barah ‘Pontine Glioma’ yang tumbuh betul-betul di bahagian tengah otaknya.
NONE“Adam akan dikebumikan di sini petang ini. Kawan-kawan ramai yang hadir ke rumah pada ketika ini,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi pagi ini.
Adam Azfar menjalani 30 sesi radioterapi dan dibekalkan dengan ubat-ubatan sejak ketumbuhan tersebut dikesan pada awal November lalu.
Pada awal bulan itu, Adam dimasukkan ke Hospital Serdang selepas mengalami muntah-muntah dan sukar berjalan.
Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan mengidap ketumbuhan sepanjang 2.5cm itu.
Jenazah Adam Azfar disembahyangkan di Masjid Al-Syakirin, Puchong Utama dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 14 Puchong pada kira-kira jam 4.35 petang ini. – Malaysiakini
No comments
Post a Comment