Los Angeles – Selepas mencetuskan kontroversi dengan berita penangkapannya, pelakon Amanda Bynes tidak serik sebaliknya terus mencari masalah.
Kali ini, dia telah menyerang Rihanna di twitter, sebelum memadamkan entri tersebut.
Bynes mendakwa Rihanna tidak cukup cantik, sehinggakan dia dipukul oleh bekas kekasihnya, Chris Brown.
“Chris Brown memukul kau kerana engkau tidak cukup cantik.
“Tidak ada orang yang mahu menjadi kekasih kau,jadi kau hubungi semua orang dan ibu mereka,’’ katanya dalam twitter tersebut.
Rihanna kemudian membalasnya “Ya, lihatlah apa yang berlaku apabila mereka berhenti campur tangan,’’.
Tidak cukup dengan jawapan Rihanna dalam twitter itu, Bynes membalasnya “tidak seperti muka hodoh kau, aku tidak mengambil dadah. Kau ni tidak cantik, kau tahu tak?
Bynes kemudiannya memadamkan entri dalam twitter berkenaan tidak lama kemudian.
Tidak diketahui kenapa Bynes tiba-tiba menyerang Rihanna.
No comments
Post a Comment