KUALA LUMPUR – Beratus-ratus soalan dikemukakan kepada pelakon Lisa Surihani pada sesi #AskLisa yang dianjurkan oleh The Star Online, pada Isnin.
Program melalui laman sosial twitter itu menarik lebih 1.3 juta pengikut twitter milik aktres tersebut.
“Seronok kerana banyak soalan yang berbeza telah dibangkitkan oleh mereka,” ujarnya.
Populariti Lisa juga telah mengangkat hastag #AskLisa untuk memasuki senarai tertinggi di Trend Malaysia.
Sementara itu, dalam sesi soal jawab, Lisa ditanya siapakah artis yang ingin dilihat dalam program ini selepas dirinya, dia menjawab pelakon kegemarannya iaitu Anne Hathaway.
Manakala bagi pesonaliti tempatan, dia mahu suaminya, Yusri Abdul Halim menyertai aktiviti itu.
“Yusri seorang yang malu dan tidak cenderung kepada media sosial, tapi saya tertanya-tanya tentang soalan apa yang dia akan dapat.
“Terutamanya berkaitan kerja dan minatnya dalam kesan visual,” ujar Lisa.
Selain dua personaliti itu, Lisa juga memilih Daphne Iking dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Lisa menggunakan twitter sebagai alat komunikasi kepada peminat-peminatnya, katanya, dia turut tidak menjangka akan mendapat pengikut yang agak ramai.
“Semua orang ada media sosial, ini merupakan salah satu cara bagaimana saya berinteraksi dengan peminat. Pada mulanya saya seorang yang aktif Facebook, kemudian Twitter dan kini Instagram.
Bagaimanapun, katanya, sebagai seorang selebriti, dia perlu berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi kepada umum. – mStar Online
No comments
Post a Comment