Colombia – Seorang banduan, Giovanni Rebolledo yang melarikan diri daripada penjara, sanggup menukar jantina dengan menjalani pembedahan plastik termasuk melakukan implan payu dara semata-mata untuk mengelak dirinya daripada dikesan oleh polis.
Dia kemudiannya menjadi pelacur di wilayah Viejo Prado.
Namun sepandai-pandai tupai melompat,Rebolledo berjaya juga ditahan oleh polis dalam satu operasi harian yang dijalankan di kawasan berkenaan, Sabtu lalu.
Rebolledo sebelum ini dihukum penjara selama 60 tahun atas kesalahan menculik, merompak dan peras ugut serta mengedar dadah.
Dia juga terlibat dalam sindiket menggunakan wanita cantik untuk menggoda lelaki kaya dan kemudiannya lelaki itu akan disiksa sehingga dia menyerahkan wang, kad bank dan barang berharga yang lain.
Menurut akhbar tempatan, ketika ditangkap, Rebolledo meraung kerana tidak menyangka akan kembali semula ke penjara.
Ia juga mengejutkan golongan pelacur di kawasan berkenaan, yang sama sekali tidak menyangka bahawa Rosalinda itu adalah seorang samseng lelaki.
No comments
Post a Comment