Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » 2 Kontraktor Jumpa Bom Lama Di Ipoh!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


IPOH – Dua butir bom lama, dipercayai daripada peninggalan zaman Jepun ditemui di Terminal Kargo Ipoh di sini hari ini.
Bom itu ditemui dua pekerja kontraktor yang menjalankan kerja mengorek tanah di kawasan itu pada jam 9.15 pagi.
“Saya yang memandu jentera pengorek sedang menjalankan kerja-kerja mengorek tanah dan ternampak ada satu objek di dalam lori. Pada mulanya saya sangka ia adalah botol, tapi bila saya ambil dan bersihkan jelas objek itu bukan botol tapi sebutir bom,” kata pekerja itu M. Vikneswaran.
Vikneswaran, 42, yang merupakan bekas tentera berkata rakannya S. Vigneswaran, 47, menemui sebutir lagi bom terbenam berhampiran tayar lori.
Bom pertama diletupkan kira-kira jam 11.30 pagi manakala bom kedua setengah jam kemudian.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan penemuan bom itu.
Sepasukan anggota daripada Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis (IPK) Perak mengambil masa setengah jam untuk memusnahkan kedua-dua bom itu,” katanya. – BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments