Seperti kebiasaan orang yang sudah berumahtangga, persoalan mengenai bilakah pasangan ini mahu menimang cahaya mata pasti akan ditimbulkan oleh sesetengah pihak.
Bercakap mengenai hal itu, Scha mengatakan, “buat masa ini, kami masih sibuk dengan kerjaya masing-masing. Jadi, tidak pernah terlintas persoalan di fikiran kami mengenai anak.
“Memang saya sudah bersedia untuk bergelar ‘mummy’, namun saya harus akur dengan kesibukan kerja kami.
“Malah, saya tidak risau kerana ia baru tahun pertama dan ia peratusan normal jika masih belum punyai zuriat. Pun begitu, saya tidak menolak sekiranya ada rezeki,” katanya yang dipetik menerusi laporan Sinar Harian.
Pasangan romantis ini turut tidak mengamalkan menyambut ulangtahun perkahwinan seperti kelaziman yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri kerana lebih senang bersederhana dalam segala hal.
“Jika ada rezeki lebih, Awal akan bagi hadiah dan begitu juga dengan saya tanpa menunggu tarikh itu. Namun, kami juga tetap meluangkan masa bersama untuk menikmati makan malam pada hari itu,” ujar aktres cantik itu lagi.
No comments
Post a Comment