Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Samun: Warga Emas Terima 100 Jahitan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Sekarang ini makin ramai orang yang tidak berhati perut malah sanggup mencederakan seorang apek tua yang berusia 80 tahun selepas menyamun dompet lelaki malang tersebut.
Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, mangsa telah menerima 100 jahitan kesan daripada kecederaan dan luka yang dialami daripada insiden itu.
Insiden dikatakan berlaku pada 1 Mei lalu pada jam 7 pagi yang berlokasi di Jalan Angsana, Taman P. Ramlee, Kuala Lumpur.
Kejadian yang tidak disangka itu berlaku sejurus selepas mangsa pulang ke rumahnya selepas bersarapan di luar.
Belum pun mangsa sempat masuk ke rumah, kemudian terdapat kelibat dua penyamun bermotorsikal yang bertindak merampas dompet mangsa daripadanya.
Seorang saksi yang melihat kejadian itu bertindak membunyikan ‘alarm’ kereta dalam usaha untuk menakutkan penyamun tersebut yang panik lantas meninggalkan tempat kejadian sebaik terdengar bunyi ‘alarm’ tersebut.
Buat pembaca, sentiasalah berhati-hati kerana pada zaman kini, kita dah tak tahu mana satu manusia, mana satu binatang.
Warga emas pun mereka sanggup cederakan inikan pula orang lain.
Semoga kita semua lebih berhati-hati di masa akan datang.
Yelah, malang kan tak berbau, depan rumah yang kita anggap selamat pun sudah boleh dijadikan sasaran oleh perompak dan penyamun yang tidak berperikemanusiaan ini.
Oleh: Mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments