Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pereka Tari Tuntut Pampasan Kerana Dicabul Michael Jackson!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Mendiang Michael sekali lagi dituduh mencabul kanak-kanak.
KELUARGA mendiang Michael Jackson sekali lagi menerima tamparan hebat apabila pereka tari, Wade Robson mendedahkan dalam sebuah dokumen kepada mahkamah bahawa dia pernah menjadi mangsa pencabulan penyanyi itu ketika kecil.
Wade dalam dokumen kepada mahkamah itu turut meminta sejumlah wang pampasan berhubung insiden berkenaan dan dia berasakan layak menerima sebahagian harta warisan Michael disebabkan zaman kanak-kanaknya hancur kerana penyanyi itu.

Penari yang berusia 30 tahun itu pernah bekerjasama dengan bintang pop terkenal seperti Britney Spears, Nsync, Usher dan Pink selain pernah muncul dalam program So You Think You Can Dance.
Wade pertama kali bertemu dengan Michael ketika berusia lima tahun dan ketika usianya mencecah tujuh tahun, dia pernah tidur di kediaman penyanyi itu di Neverland, Los Angeles dan Las Vegas sehingga berusia 14 tahun.
Pada tahun 2005, Wade membuat kenyataan di memberitahu mahkamah dia tidak pernah dicabul oleh penyanyi terkenal itu ketika Michael dibicarakan kes pencabulan terhadap seorang kanak-kanak.
Wade mendakwa pernah dicabul oleh penyanyi terkenal itu ketika kecil.
Bekas pembantu rumahnya, Blanca Francia memberitahu mahkamah dia pernah melihat Michael dan Wade yang ketika itu berusia sembilan tahun mandi bersama-sama.
Dalam pada itu, selain meminta wang pampasan terhadap harta Michael, dalam dokumen tersebut Wade turut menyenaraikan secara terperinci pengalaman dan perbuatan penyanyi itu terhadapnya.
Malah pihak peguam memberitahu seorang pakar psikiatri kanak-kanak yang merawat Wade turut disebut dalam dokumen berkenaan.
Bagaimanapun, maklumat dalam dokumen tersebut tidak didedahkan kepada umum. [Mstar]

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments