Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Enrique Nafi Bakal Kahwin Anna Kournikova!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Enrique Iglesias
Penyanyi latin kacak, Enrique Iglesias menafikan dakwaan yang mengatakan dia bakal mengahwini kekasihnya, bekas pemain tenis terkenal, Anna Kournikova dalam jangka masa terdekat.
The Sun sebelum ini mendakwa bahawa pasangan ini bakal mengakhiri hubungan mereka dengan melangsungkan perkahwinan yang serba mewah dan besar-besar di Miami, Amerika Syarikat pada hujung minggu ini.
Menurut wakil penyanyi lagu Hero dan Bailamos, cerita itu merupakan palsu dan khabar angin semata-mata dan mereka tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini.
Dalam laporan The Sun sebelum ini, antara tetamu yang telah dijemput untuk majlis perkahwinan itu ialah bintang terkenal Nicole Scherzinger, Lewis Hamilton, Jennifer Lopez, Eva Longeria, David Beckham dan isterinya, Victoria Beckham.
Wakil penyanyi itu turut menafikan khabar angin bahawa pasangan yang sudah berpacaran selama 11 tahun ini sudah mendirikan rumahtangga secara rahsia.
Malah wakil kepada Iglesias turut menambah, “mereka tidak akan berkahwin secara rahsia kerana pasangan itu mahukan perkahwinan yang serba mewah dan meriah pada majlis itu nanti”.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments