Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] One Direction Guna Khidmat Bekas Ejen Obama!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

One Direction
LONDON – Kumpulan nyanyian terkenal, One Direction dilaporkan akan menggunakan khidmat bekas pasukan keselamatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sempena konsert jelajah mereka di AS, lapor portal berita Express kelmarin.
Keputusan tersebut dibuat oleh ketua konsert jelajah One Direction selepas dia bimbang tentang peningkatan peminat fanatik kumpulan dari Britain itu.
Penggunaan bekas pasukan keselamatan Obama itu dibuat selepas seorang anggota kumpulan tersebut, Liam Payne, 19, berpisah dengan kekasihnya, Danielle Peezer.
“Beberapa anggota keselamatan itu pernah berkhidmat dengan Obama,” kata satu sumber.
Kumpulan itu juga dijangka mendapatkan khidmat bekas anggota tentera AS yang pernah berkhidmat semasa Perang Iraq untuk mengawal keselamatan mereka.
One Direction yang turut dianggotai Harry Styles, Zayn Malik, Louis Tomlinson dan Niall Horan bakal memulakan konsert jelajah di Florida, AS pada 13 Jun depan. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments