Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Kapal terbang tanpa pilot buat penerbangan sulung!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

London: Sebuah pesawat udara tanpa juruterbang melakukan penerbangan sulung di ruang udara Britain semalam, sekali gus membuka jalan kepada permulaan operasi kapal terbang penumpang tanpa juruterbang.
Kapal terbang eksekutif BAE Jetstream itu terbang sejauh kira-kira 483 kilometer dari Warton, Lancashire ke Inverness di Scotland.Pesawat itu dikendalikan sepenuhnya melalui komputer oleh seorang juruterbang di darat.
Jurucakap BAE berkata, ada dua juruterbang menaiki pesawat berkenaan untuk mengendalikan pesawat itu ketika berlepas dan mendarat.
“Bagaimanapun, selain daripada berlepas dan mendarat, pesawat berkenaan - yang terbang pada ketinggian 20,000 kaki - dikendalikan pakar di Warton serta dipantau pengawal trafik udara,” katanya. Pengarah BAR, Lambert Dopping-Hepenstal berkata, projek bernilai £62 juta (RM 285 juta) itu adalah detik baru dalam sejarah penerbangan.
“Pesawat tanpa juruterbang bakal menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tidak lama lagi,” katanya. Lebih banyak penerbangan percubaan dijangka dilakukan dalam tempoh lima tahun akan datang. - Reuters

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments