Pegawai polis bertugas di balai polis Muang Lop Buri, Leftenan Supachai Deemongkol berkata, Tatchaya Prachumsarn, 21, masih memakai pakaian pengantin ketika tiba di balai polis. Dia meminta polis menjejaki Natchapat Olarn, 29, dan mengambil tindakan terhadap lelaki itu kerana menipu dan memalukannya.
Tatchaya tiba di balai polis dengan ibu, saudara dan rakannya iaitu kira-kira 10 orang.
Tatchaya memberitahu polis, dia dan Natchapat yang bekerja di Bank Pertanian dan Koperasi Pertanian sudah berpacaran selama lebih setahun. Ketika Natchapat meminta keizinan ibunya untuk berkahwin dengan Tatchaya, wanita itu memberikan persetujuannya.
Natchapat menawarkan untuk memberikan pengantin perempuan sebanyak 300,000 baht (RM30,295) dan barang kemas. Bagaimanapun, dia meminta ibu Tatchaya membayar wang itu terlebih dulu ketika upacara perkahwinan itu dan dia akan membayar wanita terbabit kemudian. Pasangan itu kemudian bersetuju majlis perkahwinan diadakan di kediaman ibu Tatchaya di Lop Buri pada 12 Mei. Tatchaya memberitahu polis, dia dan keluarganya menunggu dari pagi kehadiran Natchapat tetapi lelaki terbabit tidak muncul. Dia turut menghubunginya di telefon tetapi panggilannya tidak dijawab. - Bangkok Post
No comments
Post a Comment