Dia pernah dikaitkan dengan beberapa nama besar Hollywood, tetapi Heather Graham tidak kesal kerana tidak berkahwin dengan seorang pun daripada mereka. Dalam satu wawancara terbaru, bintang Hangover itu mendedahkan dia gembira kerana tidak pernah berkahwin.
Pernah digosipkan dengan Leonardo DiCaprio, Adam Ant dan Russell Crowe, wanita berusia 43 tahun itu tidak malu dengan statusnya yang masih bujang.
Dalam wawancara dengan edisi ulang tahun ke-10 majalah Vegas, bintang itu membuka cerita mengenai cara pendidikan Katoliknya yang tegas, watak lucah dilakonkan dan bagaimana rasanya apabila masih bujang pada usia 43 tahun.
Wanita penghias kulit majalah itu berkata, sementara dia tidak menentukan perkahwinan, setakat ini kekal membujang amat menyeronokkan.
Wanita penghias kulit majalah itu berkata, sementara dia tidak menentukan perkahwinan, setakat ini kekal membujang amat menyeronokkan.
Jelitawan berambut perang itu berkata: “Saya bukan menentang perkahwinan. Saya pasti akan kahwin jika keadaannya sesuai.
“Saya ingin bersama dan berkahwin dengan seseorang yang sesuai dengan saya serta hidup bersamanya hingga ke akhir hayat.
“Tetapi saya rasa belum perlu...saya rasa seperti mengelak daripada tembakan.
“Saya lebih suka hidup membujang daripada berkahwin tetapi tidak bahagia. Buat masa ini, saya menjalani hidup yang penuh keseronokan.”
Dan sudah tentu dia sudah merasai pengalaman itu dengan bekas kekasihnya.
“Saya rasa semua lelaki yang berpacaran dengan saya memang hebat, tetapi mungkin bukan pasangan yang sesuai,” dedahnya.
Tetapi bekas teman lelakinya perlu berhati-hati, katanya berjenaka.
“Saya ada beberapa kisah menarik. Mungkin saya akan beritahu mereka apabila berusia 80 tahun dan semua bekas kekasih sudah mati.”
Heather yang tidak pernah malu, berkata, dia juga bangga kerana sanggup untuk melepaskan pendidikan Katolik yang tegas bagi membuat dia bahagia.
“Kebanyakan masa kita dididik agar menggembirakan orang lain atau mengambil berat terhadap orang lain.
“Ia sudah sebati dalam naluri untuk mempunyai sikap keibuan. Saya perlu melangkah keluar dan pergi, “Apa yang membuatkan saya gembira?”
“Saya perlu berfikir semula mengenainya dengan sebaik-baiknya.
“Saya diajar agar bersopan santun, jadi agak sukar untuk saya belajar membela diri sendiri, “Apa yang saya mahu? Apa keinginan saya?”
Apabila ditanya apa keinginan sebenarnya, aktres itu dengan berjenaka menjawab: Seks yang hebat!”
Heather bercakap kepada majalah itu sebelum tayangan Hangover: Part III pada 24 Mei depan.
Dia sekali lagi kembali memegang peranan sebagai penari bogel yang tinggal di Las Vegas, Nevada.
Dalam wawancaranya, dia turut bercakap mengenai pelakon gandingannya: “Bradley Cooper memang hebat dan banyak menyokong. Ed Helms sangat baik dan kacak. Zach Galifianakis adalah individu yang unik dengan minda jenaka gila yang tulen.”
Tampil sebagai penghias kulit majalah itu, Heather muncul dengan empat gaya berbeza - termasuk mengenakan gaun hijau Gucci yang sama dipakai Katy Perry hingga mencuri perhatian ramai pada anugerah Grammy tahun ini.
No comments
Post a Comment