Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Gomez Sahkan Tidak Lagi Menjadi Kekasih Bieber!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Selena Gomez
LOS ANGELES – Penyanyi terkenal, Selena Gomez mengesahkan bahawa dia telah berpisah dengan kekasihnya sebelum ini, Justin Bieber, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Menurutnya, dia kini belum mempunyai teman lelaki selepas berpisah dengan Bieber yang juga penyanyi terkenal.
Gomez yang berumur 20 tahun membuat pendedahan itu semasa dia diwawancara oleh seorang juruhebah sebuah stesen radio.
Pasangan itu sebelum ini pernah berpisah buat kali pertama pada Disember tahun lalu selepas Gomez dilaporkan menyatakan Bieber, 19, kelihatan tidak matang.
Pada April lalu, pasangan itu dilaporkan kembali berbaik semula selepas sekeping gambar menunjukkan Bieber dipeluk Gomez disiarkan oleh media Barat. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments