Apapun, situasi ‘baru’ itu nampaknya menjadi mudah apabila meletakkan seorang penghibur yang memang layak seperti G-Dragon, keadaannya tiada beza dengan atmosfera luar biasa apabila bersama BigBang.
Berpeluang melihat sendiri konsert, pemilik nama sebenar Kwon Ji-yong itu di Taipei Arena, Taiwan, baru-baru ini, pertama kali membuat penampilan siri jelajah secara solo, dia memang benar-benar sudah bersedia.
Meskipun bertongkat di pentas berikutan mengalami kecederaan kaki pada konsert sebelum itu di Beijing, China, alat itu sekadar umpama ‘prop’ semata-mata kerana persembahannya tidak terjejas langsung.

Bagaimanapun, di sebalik penampilan gah pada konsert berjudul G-Dragon World Tour: One Of A Kind, rupa-rupanya penyanyi berkenaan agak terkesan juga apabila ketiadaan anggota lain berkongsi pentas dengannya.
“Sendirian di atas pentas sebenarnya membuatkan saya berasa sunyi. Lebih-lebih lagi sewaktu saya mengalami kecederaan di Beijing tempoh hari, saya berharap mereka ada di sisi pada ketika itu membantu saya.
“Beraksi solo demi memenuhi slot konsert selama lebih dua jam juga tidak dinafikan benar-benar memenatkan. Lain hal lagi apabila saya kena tukar kostum, memang agak kelam-kabut dan tidak sempat.
“Bagaimanapun, saya semakin terbiasa dengan rutin itu selepas melakukan beberapa konsert dan paling menyentuh hati sebenarnya adalah sokongan peminat yang sekali gus menghilangkan semua ‘kesakitan’ itu,” katanya ditemui pada sidang media pada sebelah petang sebelum konsert malam itu.
Berbaris seawal jam 12 tengah hari demi menunjukkan kesetiaan kepada idola mereka, peminat G-Dragon di Taiwan sememangnya boleh dikategorikan ‘gila’.
Mereka sanggup berbuat apa saja dan bukan halangan untuk berpanas semata-mata membeli tiket serta barangan eksklusif penyanyi berkenaan.
Kuasa serta aura ketua kumpulan BigBang itu memang sukar untuk disangkal lantaran setakat beberapa kota yang dilawatinya untuk konsert terbabit, tiket terjual begitu pantas. Demikian juga di Taiwan, meskipun diadakan pada hari bekerja iaitu pada 9 Mei (Khamis) dan 10 Mei (Jumaat), sambutannya tetap luar biasa.
Memiliki kelompok peminat yang kebanyakannya daripada golongan muda-mudi, bagaimanapun ternyata tidak di Taiwan apabila golongan berusia turut serta memeriahkan stadium berkenaan.
Menyaksikan sendiri ‘kegilaan’ lebih 12,000 penonton yang hadir pada malam pertama saja bagaikan satu kerugian sekiranya mereka terlepas menonton konsert selama kira-kira dua jam 15 minit itu.
Apalagi yang boleh dikritik mengenai G-Dragon jika berkisar persembahan di atas pentas? Abaikan wajah tampan yang mampu mencairkan peminat wanitanya apabila dia menakluk pentas, memang punya magis tersendiri.
Tidak dinafikan, lagunya mungkin menjadi antara sebab utama dia dipuja di samping kemampuan hebatnya dalam pembikinan lagu, menari serta seorang ‘fashionista’, tapi dia juga unggul berdiri solo di atas pentas tanpa anggota lain BigBang.
Dengan kebolehan fasih berbahasa Inggeris juga, dia mengikat momentum konsert yang ke-11 untuk siri jelajah berkenaan tanpa penonton sedikit pun berasa bosan.
Taeyang ‘tolong’ G-Dragon
Bagaimanapun, apa yang jelas, di sebalik kecederaan kakinya, baru-baru ini, G-Dragon tidak sedikit pun goyah untuk memberikan persembahan paling mantap. Sesekali dia ‘lenyap’ sebentar daripada pandangan penonton, mulalah, kedengaran sorakan bergema menandakan penonton tidak sabar melihat persembahan seterusnya.
Menggunakan khidmat dua pengarah konsert tersohor yang pernah membuat koreografi untuk konsert This Is It (Michael Jackson) iaitu Travis Payne dan Stacey Walker, segala perkara di pentas menjadi sempurna buat penyanyi berkenaan.
Daripada lagu, kostum, ‘props’, penataan cahaya dan bunyi, kugiran dan penari, semuanya jadi lengkap serta bersatu dengan aura G-Dragon sehingga ke penamat konsert.
Membuka tirai dengan muncul di tengah sebuah replika kereta kaca, kelincahannya menari, menyanyi sambil menaiki skuter dan memanjat pentas bertingkat menyemarakkan lagi sorakan peminat buatnya.
Turut membuat kemunculan, rakan BigBang, Taeyang juga sempat ‘mencuri’ seketika pentas dan tampil bertenaga mendendangkan beberapa lagu hit termasuklah Where You At dan Break Down.
Menyanyikan lagu popular dan berbisanya termasuklah One of a Kind, That XX, Crayon, Michigo, Heartbreaker, Light It Up dan Baby Honey, G-Dragon juga tidak ketinggalan membuat ‘encore’ lagu Fantastic Baby serta lagu ‘cover version’ lagu This Love dan Don’t Stop Believing.
Sementara itu, bakal beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Jun nanti, sewaktu pelancaran pembelian tiket konsert berkenaan di Fahrenheit88, Bukit Bintang, Sabtu lalu, ternyata mendapat sambutan hebat.
Rekod itu sekali gus mengulangi kejayaan penjualan tiket konsert BigBang tahun lalu di mana seawal Rabu lagi sudah ada peminat berbaris di kaunter berkenaan.
Tiket VIP berharga RM588 sudah habis terjual manakala tiga kategori lain berharga RM488, RM388 dan RM188 masih boleh dibeli secara ‘online’ menerusi www.airasiaredtix.com dan www.ticketcharge.com.my.

No comments
Post a Comment