Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Mak Nyah Hong Kong Boleh Kahwin!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Hong Kong – Seorang wanita transeksual (mak nyah) menang rayuan di mahkamah Hong Kong semalam yang membenarkannya berkahwin dengan teman lelakinya.
Keputusan itu memaksa kerajaan untuk merangka semula undang-undang perkahwinan di Hong Kong.
Dalam rayuan terakhirnya, mahkamah menerima hujah mak nyah berusia 30-an itu dirujuk sebagai ‘W’ untuk membatalkan perintah sebelum ini yang menetapkan perkahwinan hanya dibenarkan antara pasangan berbeza jantina.
‘W’ yang menjalani pembedahan menukar jantina lebih lima tahun lalu percaya jantinanya selepas pembedahan diiktiraf undang-undang dan perintah sebelum ini disifatkan melanggar haknya mengikut perlembagaan.
Pembedahan subsidi
Dia juga mendakwa, pembedahan menukar jantina itu diberi subsidi kerajaan.
Pendaftar perkahwinan pula berhujah bahawa mak nyah terbabit tidak boleh mengahwini teman lelakinya kerana sijil kelahirannya menyatakan dia lelaki dan fakta itu tidak boleh diubah di bawah undang-undang Hong Kong.
“Adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip jika hanya memberi tumpuan kepada ciri biologi ketika dilahirkan,” kata mahkamah dalam satu penghakiman bertulis oleh panel lima hakim.
Jejas hak asas berkahwin
Ia menambah, undang-undang sedia ada menjejaskan asas hak W untuk berkahwin. Mahkamah berkata, corak alam perkahwinan sebagai sebuah institusi sosial sudah banyak berubah dalam suasana pelbagai budaya Hong Kong hari ini.
“Kesan keputusan ini adalah W akan dibenarkan berkahwin dan perlu dibenarkan kahwin dengan teman lelakinya,” kata peguam kepada W, Michael Vidler kepada pemberita di luar mahkamah selepas perintah mahkamah terbabit. – AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments