Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Wanita Arab Saudi Dibenar Tunggang Motorsikal!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Wanita Arab Saudi
Arab Saudi – Wanita di Arab Saudi kini dibenarkan menunggang motosikal dan buggy namun dengan satu syarat, saudara lelaki mereka perlu berada bersama mereka ketika wanita terbabit menunggang motosikal.
Akhbar al-Yaum melaporkan, wanita di negara berkenaan bebas menunggang di kawasan taman, pantai dan beberapa kawasan lain.
Bagaimanapun dalam masa yang sama, mereka perlu menutup aurat sementara kehadiran saudara lelaki diperlukan jika berlaku kemalangan.
Akhbar berkenaan yang memetik sumber daripada Jawatankuasa Mencegah Jenayah turut menjelaskan bahawa menunggang motosikal adalah bagi tujuan rekreasi dan tidak harus digunakan sebagai pengangkutan harian.
“Ini kerana kita bimbang dengan keadaan lalu lintas,’’ kata salah seorang jurucakapnya.
Pihak berkuasa agama itu juga menasihatkan kaum wanita supaya menjauhi golongan muda yang mengadakan rapat umum di kawasan tertentu ketika menunggang motosikal.
Ia bagi mengelakkan sebarang konfrantasi dengan kumpulan penunjuk perasaan tersebut.
Sementara itu, ketua badan bukan kerajaan (NGO) bagi mangsa kemalangan jalan raya, Samia al-Bawardi menasihatkan kaum wanita supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal ketika mereka memakai jubah.
“Ini kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan yang dasyat,’’ katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments