Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Hidup tiga keluarga diancam ular, lipan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KUALA LUMPUR - Tiga keluarga hidup dalam kebimbangan saban hari ekoran rumah setinggan yang didiami di Kampung Pudu Hulu, Cheras di sini kerap dimasuki binatang berbisa.
Mereka mendakwa rumah yang dibina berdekatan kawasan hutan itu tidak selamat lagi dan merayu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyegerakan proses kelulusan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk mereka.
Seorang penduduk S. Ramesh, 35, mendakwa, rumah mereka kerap dimasuki ular dan lipan sehingga membahayakan keselamatan mereka yang tinggal di kawasan itu sejak 10 tahun lalu.
"Ketika hujan lebat baru-baru ini, seekor ular tedung sepanjang 1.5 meter dan ular sawa sepanjang 2.4 meter ditemui di hadapan pintu rumah saya.
"Tidak lama kemudian, saya menemui seekor anak ular sawa sepanjang 0.5 meter di dalam tandas manakala isteri saya terkejut selepas seekor lipan masuk ke dalam periuk nasi," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments