Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Rumah Bintang Hollywood Terancam! Hakisan Tanah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Los Angeles – Bintang Hollywood, Steven Spielberg, Dustin Hoffman, Goldie Hawn dan bekas aktor James Bond, Pierce Brosnan, berdepan risiko kehilangan rumah mereka yang bernilai puluhan juta dolar di kawasan pantai akibat hakisan tanah.
Bagaimanapun kediaman mereka dapat diselamatkan sekiranya skim bernilai $20 juta dolar bagi membendung hakisan berkenaan diluluskan oleh kerajaan.
Hakisan berkenaan kini dilaporkan telah memberikan ancaman kepada tapak rumah terbabit yang terletak di kawasan Broad Beach, meskipun penduduk telah membina benteng pasir.
Ombak yang melanda pantai itu, adakalanya setinggi 8 kali tinggi turut memberikan kesan kepada benteng berkenaan.
Berikutan itu, penduduk mencadangkan projek menambak semula pantai itu dilakukan namun Jabatan Pantai Los Angeles menolaknya dengan alasan tambak laut itu seharusnya dilaksanakan di kawasan pantai untuk penduduk awam.
Pemilik kediaman mewah di Broad Beach itu juga dilaporkan telah membelanjakan $5 juta dolar untuk menjalankan kajian saintifik namun cadangan tambakan itu belum disiapkan sepenuhnya.
“Kami berdepan dengan masalah kerenah birokrasi dalam menyiapkan projek ini, seolah-olah kami mahu membina bangunan kondominium di kawasan pantai awam,’’ kata salah seorang penduduk.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments