Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Single terbaru Psy diserikan dengan Tarian tradisional korea!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

 SEOUL – Penyanyi popular Korea Selatan, Psy, yang terkenal dengan tarian Gangnam Style menjanjikan untuk menyelitkan unsur tarian tradisional Korea bagi mengiringi persembahan pengenalan lagu baharunya pada minggu hadapan.
Single terbaharu bintang yang berumur 35 tahun itu bertajuk Gentleman dan akan dilancarkan pada 12 April depan. Ia bakal dimeriahkan lagi dengan sebuah konsert khas yang akan diadakan pada hari berikutnya di ibu negara tersebut.

"Saya telah bekerja keras untuk menghasilkan kualiti yang terbaik dan saya berpendapat ini merupakan versi terkini yang mampu diminati semua.

"Lagu Gentleman agak meriah dan mesra pendengar. Tarian tradisional ini mungkin sudah lali dalam kalangan masyarakat Korea tetapi dianggap baharu bagi orang asing. Jadi inilah yang akan ditonjolkan dengan gaya Psy," ,” ujar Psy kepada program berita TV tempatan yang bersiaran Isnin lalu.

Selepas membuat persembahan konsert di Seoul, dia akan memulakan jelajah konsert di Eropah dan Asia pada bulan Mei dan Jun.

Psy, atau nama sebenarnya Park Jae-Sang semakin melonjak masyhur selepas gelombang Gangnam Style mendapat carian tertinggi di YouTube. - AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments