Syarikat berkenaan, Choopan meletakkan ais krim itu di dalam sebuah bekas gergasi selebar lebih dua meter dan tinggi 1.6 meter.
Ais krim istimewa tersebut dipamerkan di sebuah resort ski di kaki bukit Tochal di sini. Lebih 10,000 orang hadir untuk melihat hidangan luar biasa itu.
“Kami selesai membuat ais krim ini kelmarin dan ia mengambil masa lapan jam untuk mengisinya ke dalam bekas yang disediakan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Choopan, Khashayar Baheri.
Rekod semasa untuk kategori tersebut dipegang oleh rangkaian ais krim Amerika Syarikat, Baskin-Robbins selepas mereka membuat ais krim vanila seberat 4.02 tan pada September 2005. - AFP
No comments
Post a Comment