Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Wanita Koma Ditimpa Almari ketika menginap di hotel mewah Abu Dhabi!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Natalie Creane
London – Seorang wanita yang mengalami kematian otak, selepas ditimpa almari kayu ketika menginap di sebuah hotel mewah di Abu Dhabi dengan bayaran £10,000 semalam, kini semakin nazak dan memerlukan pembedahan segera.
Natalie Creane, yang kini koma untuk kali ketujuh sejak kemalangan pada 2008 itu, amat mengharapkan pembedahan tersebut yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit di sebuah hospital di New York.
Namun kos yang tinggi itu tidak mampu dibayar oleh keluarganya, apatah lagi bayaran pampasan yang diterima oleh Creane susulan kejadian malang itu hanyalah £36,000.
Creane, yang dimasukkan ke unit rawatan rapi lebih 20 kali dalam tempoh empat setengah tahun lalu, dilaporkan mengalami serangan jantung di hospital Rashid di Dubai.
Sejak kemalangan itu juga, Creane sukar berjalan serta bercakap dan tidak boleh dibiarkan keseorangan kerana kemalangan itu telah menyebabkan kecederaan di bahagian otaknya.
Tragedi berkenaan menimpa Creane selepas dia menetap di hotel mewah Emirates Palace pada Julai 2008, sempena meraikan pertunangan dengan kekasihnya yang kini menjadi suaminya, Trevor, 43.
Ketika kejadian, Creane berada sendirian di bilik hotel berkenaan dan sedang mengemas baju apabila panel kayu seberat 2.2 kilogram menimpa kepalanya.
Berat kayu berkenaan sama dengan tiga ketul bata yang menimpa kepala Creane.
Dia ditemui tidak sedarkan diri di atas lantai oleh kakitangan hotel berkenaan dan kemudiannya dihantar ke hospital dengan menaiki kereta, bukannya ambulans.
Trevor yang menetap di Dubai bersama isterinya memberitahu bahawa kecederaan yang dialami oleh Creane itu amat menakutkan.
“Pihak hotel terkejut dengan kejadian itu dan mereka memberi jaminan akan menyiasat perkara itu namun di sebalik jaminan itu, kami hanya menerima pampasan yang tidak seberapa.
“Kami kini sedang menunggu untuk membuat rayuan dan ia akan disebut pada 17 April ini,’’ katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments