Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Isteri Tolong Suami Barunya Pegang Tangan, Tutup Mulut Anak
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



PUTRAJAYA – Seorang bekas nelayan berusia 76 tahun yang melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya enam tahun lepas, akan menghabiskan sisa umurnya di dalam penjara.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun terhadap lelaki itu oleh Mahkamah Sesyen Kota Baharu.
Ketika mengetepikan rayuan lelaki yang kelihatan lemah itu terhadap sabitan dan hukuman itu, Apandi berkata hukuman penjara adalah bersesuaian dengan jenayah yang dilakukan.
“Lebih baik awak duduk di dalam penjara dan soal perubatan awak akan diuruskan,” katanya kepada tertuduh yang mempunyai 13 anak hasil tiga perkahwinan.
Satu-satunya perkara yang ‘menyenangkan hati’ tertuduh daripada Mahkamah Rayuan adalah tarikh hukuman penjaranya bermula dari 21 Januari 2007, iaitu tarikh dia ditangkap.
Dia ditahan reman kerana gagal membayar wang jaminan.
Dua lagi hakim yang menganggotai panel rayuan itu ialah Datuk Linton Albert dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.
Mahkamah Sesyen, yang mendapati tertuduh bersalah, menjatuhi hukuman 18 tahun tetapi memerintahkannya supaya menjalani hukuman mulai 17 Disember 2009, iaitu tarikh mahkamah sesyen membuat keputusan.
Dia melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang ketika itu berumur tujuh tahun, di sebuah rumah tidak bernombor di daerah Tumpat pada 19 Januari 2007.
Tertuduh gagal dalam rayuannya di mahkamah tinggi. Menurut fakta kes tertuduh mengahwini ibu kanak-kanak perempuan itu dan pada malam kejadian, dia mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya.
Tertuduh selepas itu mengadakan pula hubungan seks dengan anak tirinya dengan bantuan ibu kanak-kanak itu yang memegang kedua-dua tangan dan menutup mulutnya.
Kanak-kanak itu mengadu tentang penderaan seks itu kepada neneknya yang kemudian membuat laporan polis sebelum menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.Ibu kanak-kanak itu didakwa bersubahat dan dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh mahkamah sesyen.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Bache berhujah mahkamah rayuan perlu mengambil masa dalam membatalkan keputusan mahkamah prbicaraan yang turut dikekalkan oleh mahkamah tinggi.
Beliau berkata pembelaan tertuduh adalah semata-mata penafian, dan menambah tertuduh mendakwa mati pucuk tetapi dia tidak mengemukakan bukti perubatan untuk menyokong dakwaannya.
Peguam Ahmad Nizam Mohamed yang mewakili tertuduh berhujah terdapat percanggahan penting dalam keterangan kanak-kanak perempuan itu dan faedah kesangsian perlu diberi kepada anak guamnya. -BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments